Pilih Bahasa

TOKOH ULAMAK PAS TEMERLOH :TUAN GURU HAJI HASANUDDIN BIN MOHAMMAD (1914-2005 )



Latarbelakang:
Nama beliau ialah Haji Hasanuddin bin Mohammad,nama bapanya Mohammad bin Jamaluddin ,meninggal ketika beliau masih kecil. Susur keturunan ini berasal dari Perak yang merupakan anak cucu Dato Matang. Seorang dari anak cucunya bernama Panglima Bagus berpindah ke Pahang dan menetap di Kuala Temerloh. Nama ibu beliau ialah Sopiah binti  Janal,merupakan anakcucu kepada Tuk Shahibudin, ulamak terkenal di Pahang sekitar awal abad ke 18.Melalui Janal anak kepada Imam Mat Ali anak kepada Imam Shamsuddin anak kepada Imam Baada anak kepada Tuk Shahibudin. Datuk beliau  Tuan Guru Haji Mohammad Ali juga merupakan seorang guru pondok yang terkenal di kampong Berhala Gantang sekitar awal 1900. Di atas usaha datuknya,beliau di hantar mengaji agama. Pada asal nya beliau sangat meminati bidang pertukangan. Walaubagaimana pun sebelum beliau memohon kerja sebagai mekanik,beliu telah meminta nasihat dari seorang kawan baiknya yang bernama Lebai Said bin Hassan (anak murid Tuk Kenali)mengenai hasrat beliau untuk memasuki bidang mekanik. Lebai Said menasihatkan belaiu supaya memilih bidang agama. Menurut Lebai Said kerja di bidang pertukangan akan menyebabkan pakaian dan anggot badan kita kotor sukar hendak menunaikan solat. Nasihat ini sangat di terima oleh Tuan Guru,oleh kerana cintanya pada agama dan kesukaannya melakukan ibadat.
Apabila habis sekolah rendah,Tuan Guru telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang mekanik,tetapi atas nasihat kawan baiknya beliau telah menukar fikiran maka menyambung pelajaran di Pondok Tuan Haji Man Lubuk Kawah. Di sini Tuan Guru mempelajari asas agama seperti membaca Al Quraan secara berlagu dan bertajwid,asas Fikah,asas Ilmu Tauhid. Tuan Guru sangat berbakat di dalam Ilmu Tajwid dan Lagu, Kebolehan ini di iktiraf oleh masyarakat kerana pada masa itu apabila dia dakan pertandingan Musabaqah Al Quraan peringkat negeri Pahang,maka Tuan Guru adalah di antara para hakim yang akan di panggil untuk mengadili pertandingan.  Apabila datuknya melihatkan bakat dan kebolehan yang ditunjjukan oleh Tuan Guru,maka datuknya berhasrat untuk menghantar Tuan Guru ke peringkat yang lebih tinggi.
        Pada tahun 1936,Datuknya telah menghantar Tuan Guru belajar agama ke Kuala Lipis Pahang, di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Ismail Mat Akil. Pada masa itu nama Tuan Guru Haji Ismail begitu popular di Pahang kerana beliau baru balik dari Mekah dan di dapati sangat alim. Ramai pelajar-pelajar dari Pahang datang ke Kuala Lipis kerana itu mereka tidak perlua lagi bersusah payah keluar negeri seperti Kedah dan Kelantan untuk mendapat ilmu agama.
Kemudian Tuan Guru menyambung pelajaran ke Benut Payung Kelantan. Selama belajar di Madrasah Bunut Payung, Tuan Guru berupaya membaca kitab fikah seperti  Iqna, Kalyubi wa Umairah serta al Taj, kitab tauhid seperti Syarah al Hamidiyyah, kitab usul al hadis seperti Syarah Ibn Silah. Dari kitab-kitab tinggalan Tuan Guru di dapati pengajaran yang dilakukan oleh beliau sama setaraf dengan kolej atau universiti ketika ini.Semasa di Kelantan, Tuan Guru telah menunjjukkan yang beliau akan menjadi seorang tokoh agama di antara jasanya ialah beliau dilantik menjadi ketua bagi pembangunan pejabat baru bagi Madrasah Tuan Haji Abdullah Tahir, membuka sekolah agama petang di Kampung Sireh,mengajar dibeberapa buah surau dan masjid di sekitar Bunut Payung Kelantan.
Pondok Benut Payung memainkan peranan yang penting terhadap kesedaran politik bagi Tuan Guru Haji Hasanuddin. Tuan Guru Haji Abdullah Tahir dan adiknya Tuan Guru Haji Mohd Mokhtar merupakan ulamak yang prograsif dan aktif sejak di Mekah lagi. Sebelum tahun 1900, kota mekah merupakan pusat pertemuan para ulamak Islam dan di sana mereka menubuhkan pelbagai persatuan dan syarikat bagi memajukan umat Islam.Di sana mereka bukan saja diajarkan dengan ilmu agama tetapi juga semangat melawan penjajahan dan kesedaran politik. Apabila tuan guru Haji Abdullah Tahir balik ke Kelantan,beliau terus menubuhkan persatuan ulamak, begitu juga mereka begitu aktif melawan penjajah British dengan mendidik anak murid agar jangan bekerja dengan kerjaan British.Apabila orang melayu bangkit melawan Malayan Union,para ulama ini berkerjasama dengan tokoh2 pemuda yang melawan penjajah. Misalnya pada tahun 1955 apabila di adakan pilihanraya pertama, Tuan Guru Haji Ahmad Mokhtar telah melepaskan jawatan beliau sebagai pengetua Kulliah Sultan Abu Bakar semata-mata untuk bertanding pilihanraya bagi calon pas. Maka Tuan Guru Haji Hasanuddin juga telah mengambil langkah yang sama bertanding sebagai calon pas dalam tahun 1959. Tuan Guru bersama beberapa orang pimpinan pas kawasan temerloh telah menubuhkan cawanagan pas kawasan temerloh dan berusaha memajukan parti ini dari masa ke semasa. Aktiviti pas terus berjalan dari masa ke masa dengan menubuhkan cawangan dari kampong ke kampong, sehingga kedudukan ini mengancam parti umno dan sekutunya. Tuan Guru sangat besar pengaruhnya di kawasan Temerloh,jika tidak ada permainan silap mata nescaya kita boleh melihat satu kerusi pas telah wujud di temerloh sejak awal lagi.Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan ancaman dari pihak2 lain, usaha utk menhidupkan pas terus berjalan, selepas pilihanraya 1959, pihak yang ada kuasa telah menyekat bantuan perkapita kepada sekolah agama al wosto dan lain2 peruntukan spt peruntukan zakat tetapi tuan guru tidak lemah semangat dengan sekatan2 tersebut. Pelbagai cara dilakukan untuk menghidupkan sekolah dan pengajaran agama di daerah Temerloh walaupun di dalam keadaan yang sukar.Sehingga akhir hayat tuan guru terus berusaha menghidupkan pas,apabila wujud idea mengadakan balai islam pas di kerdau,maka tuan guru adalah anatara tokoh yang kuat menyokong usaha tersebut.Tuan Guru juga telah memberi dorongan kepada anak murid beliau iaitu Tuan Guru Haji Ishak Abdullah untuk memperjuangkan pas sehingga titisan darah terakhir.,boleh dikatakan hampir semua ahli ajk pas tahun 1970 dan 80 an adalah anak murid beliau di kawasan Temerloh. Begitu lah peranan yang di mainkan tuan guru di dalam usaha politik beliau.
Sumbangan:
1.Mendirikan Sekolah Menengah Agama Al Wosto,Berhala Gantang  1948.
2.Menyertai  piliharaya bagi wakil calon PAS 1959
3.Membuat Takwin Solat bagi negeri Pahang
4.Hakim Musabaqah Al Quraan Peringkat Negeri Pahang 1960an dan 70 an
5.Pengerusi Jemaah Pengelola Sek Keb Bintang 1960-1975
6.Yang Di Pertua Persatuan Peladang Daerah Temerloh 1975-1980
7.Pengerusi Kilang Padi Kampung Berhala Gantang
8.Pengerusi Pekan Pelajar (Masisupa) Sekolah-sekolah Agama Negeri Pahang 1964
9.Imam Masjid Kampung Berhala Gantang 1950-1995
10.Penasihat Maahad Tahfiz Al Amin Kg Berhala Gantang & Tahfiz Kerdau
11.Penasihat AJK Falak Negeri Pahang (1997-2003)

Keistimewaan:
1-Puasa pada hari Isnin dan Khamis sejak dari muda
2-Solat Tahajjud setiap malam
3-Khatam al Quraan setiap bulan
4-Menguasai bahasa Arab & Pelbagai ilmu Fiqh,Tafsir,Sirah
5-Mulazamah kitab-kitab asas spt Ghayatul Taqrib,Khusun Hamidiyyah dll


6-Kuat berzairah terutama orang alim & orang tua-tua.



Share:

0 comments

Flag Counter