Pilih Bahasa

KADI AHMAD BIN ABDULLAH ENDUL 1860-1928 PENCETUS SEMANGAT ANTI BRITISH DI TEMERLOH



            Kadi Ahmad dilahirkan sekitar pertengahan tahun 1860. Bapanya Abdullah Endol anak kepada Khatib Ngah, cucu kepada Panglima Bagus,iaitu orang yang mula membuka penempatan di Kuala Temerloh..Bapa KadiAhmad berkahwin dengan seorang gadis di Negeri Sembilan dan menetap di sana beberapa lama sehingga mendapat dua orang anak,iaitu abangnya yang bernama Semaun dan beliau sendiri.Bapa beliau kembali semula  ke Pahang dan menetap di Durian Tipus sebelah hilir Kampung Berhala Gantang.Durian Tipus sebahagian dari Kampung Tanjung Ira @Teluk Ira. Kadi Ahmad mempunyai pertalian darah dua pupu dengan kadi Ibrahim .Datuk Kadi Ahmad iaitu ituKhatib Ngah  adik beradik dengan Khatib Hassan iaitu datuk kepada Kadi Ibrahim,di samping Tuk Yaakub moyang kepada Tuan Guru Haji Hasanuddin. 

Kadi Ahmad sangat terkenal di negeri Pahang sebagai seorang ulama yang mahir di dalam bidang Syariah dan Usuluddin. Pendidikan awalnya bermula di Minangkabau ,kemudian kembali ke Pahang beliau menuntut kepada Imam Mat Ali  lalu menyambung pelajaran ke Kelantan,belum sempat lama di Kelantan,Kadi Ahmad telah diambil oleh abangnya Haji Semaun untuk belajar ke Mekah.Kebetulan pada waktu itu abangnya disuruh oleh ibu beliau mengaji ke Mekah. Di Mekah,Kadi Ahmad belajar dari peringkat bawah hingga ke peringkat tertinggi di Masjidil Haram. Ini menyebabkan beliau menjadi “orang Pahang” yang agak terkenal di kota suci tersebut,terutama pada musim haji ,beliau menjadi tumpuan para jemaah haji dari Pahang untuk meminta bantuan dan pertolongan.Beliau bertemu dengan ramai para ulamak dan pimpinan persatuan agama, sebagaimana Tuk Kenali, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir,Tuan Guru Haji Mokhtar Ahmad. Kadi Ahmad juga amat memahami keadaan politik dan social di Tanah Melayu. Kebanyakan anak2 Tanah Jawi yang belajar di Mekah pada masa itu di dedahkan dengan kisah2 dan taktik jahat penjajah Barat ke atas negara2 timur khususnya negara2 umat Islam.

            Setibanya di Pahang,beliau terus dijemput oleh Sultan Pahang ke Pekan dan di lantik secara resmi menjadi kadi bagi daerah Temerloh yang ketika itu di sebut “Kadi Berhala Gantang”. Beliau juga di izinkan membuka pejabatnya sendiri di dekat rumahnya kerana beliau menolak untuk mengadakan perbicaraan di mahkamah Temerloh yang sama pejabat dengan orang-orang Inggeris. Oleh yang demikian jika sesuatu kes yang berlaku di pejabat British yang memerlukan beliau hadir,maka ketika itu pihak British terpaksa menyediakan sebuah bot khas dan pemandu untuk menjemput dan memghantar beliau pulang. Pada awal tahun 1900,pentadbiran agama di bawah kuasa Sultan ,dan di daerah-daerah adalah di bawah kuasa Kadi,pihak British hanya menguasai pentadbiran dan mahkamah civil saja,yakni kes-kes yang melibatkan kesalahan mencuri harta kerajaan dan kesalahan yang berkaitan dengan orang-orang bukan Melayu. Bagi kes yang berkaitan dengan umat Islam seperti masalah prkahwinan,pusaka,lantikan imam dll,maka perbicaraan di bawah kuasa Kadi. 

Di samping menjadi kadi, beliau juga dilantik menjadi Ahli Jawatan kuasa Kelas Al Quraan bagi daerah Temerloh dan kawasan yang berhampiran.Kelas Al Quraan merupakan satu rancangan yang diadakan pada masa itu bagi mengajar penduduk negeri ini celik Al Quraan,Pondok-pondok dibuka bagi tujuan tersebut dan guru-guru khas dilantik oleh Sultan bagi mengendalikan pusat pusat tersebut. .Guru-guru dilantik dari kalangan mereka yang berkelayakan ,sebahagiannya datang dari luar negeri Pahang seperti Kedah dan Kelantan . Di kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau juga didirikan sebuah pusat pengajian Al Quraan iaitu Pondok Tuan Man di Lubuk Kawah.Kelas Al Quraan ini mencetuskan kesedaran yang tinggi untuk penduduk Pahang mendirikan pusat-pusat pendidikan agama yang lebih tinggi. Di sini juga adalah merupakan markas terbesar orang melayu melawan British pada zaman darurat. Hubungan Tuan Kadi Ahmad dengan Tuan Haji Man sangat rapat, yang mana akhirnya keluarga Tuan Haji Man di buang daerah oleh British ke Daerah Bera kerana kuatnya hubungan Tuan Guru Haji Man dengan penyokong Peta,Api dan Awas.


            Di pondok ini Kadi Ahmad disamping menghidupkan pendidikan agama, beliau juga menghidupkan semangat anti British yang kemudiannya menjadikan daerah Temerloh sebuah daerah yang panas dan memilik barisan pemuda yang berani melawan penjajah, Oleh sebab itu congress PETA yang pertama di adakan di Temerloh. Ini kerana di daerah Temerloh merupakan satu kawasan di Malaysia yang mempunyai golongan pemuda yang paling ramai menyokong pergerakan ini. Di kalangan keluarga Kadi Ahmad terdapat ramai yang menjadi orang kuat API,AWAS,PKMM  seperti Osman Kadi Ahmad,Sulaiman Kadi Ahmad,Hamid Kadi Ahmad termasuk menantu beliau En Ibrahim bin Chik yang berkahwin dengan Rahmah bt Kadi Ahmad. En Ibrahim akhirnya menyertai gerakan PKM dan tinggal di Selatan Thailand. Semangat menentang penjajah ini bukan sahaja di masa British,zaman Jepun dan zaman darurat malah berterusan sehingga ke pasca merdeka. Beberapa orang anak Kadi Ahmad terkorban di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.



            Kadi Ahmad meninggal dunia sekitar tahun 1928 di makamkan berhampiran dengan makam Tuan Teh. Beliau sempat meninggalkan kepada kita sebuah karya beliau di dalam ilmu Tauhid yang bernama “Hidayatul Wildan” atau “Petunjuk Bagi Remaja”. Kitab ini telah dicetak oleh anak murid beliau yang bernama Lebai Mohd Said bin Hassan semasa beliau ke Kelantan untuk menyambung pelajaran dibawah Tok Kenali.Di penghujung kitab ini terdapat satu nota ringkas yang merupakan karya Tuan Kadi Ibrahim yang berjudul “Al Faedaat Wa al Muhimaat”(sila lihat lampiran akhir).Kitab Tauhid ini sangat baik dan berguna bagi pelajar-pelajar yang baru hendak belajar ilmu Tauhid. Kitab ini masih dipakai hingga sekarang di daerah Temerloh di masjid-masjid.Penulis percaya Tuan Kadi Ahmad mempunyai banyak hasil karya dalam pelbagai bidang akan tetapi semua karya ini musnah di dalam banjir besar 1926.

Share:

0 comments

Flag Counter