Pilih Bahasa

LAWATAN TOKOH NAHDATUL ULAMA INDONESIA KE TAHFIZ AL AMIN KG BERHALA GANTANG.

LAWATAN TOKOH NAHDATUL ULAMA INDONESIA KE TAHFIZ AL AMIN KG BERHALA GANTANG.

KIYAI LUTFI BASORI ALAWI,PENGETUA RIBAT AL MURTADHA SINGSORI,WILAYAH KOTA MALANG,JAWA TIMUR INDONESIA


Kiyai Lutfi Basori Alawi adalah seorang tokoh ulamak yang terkenal di Kota Malang Indonesia,beliau adalah wakil dari Persatuan Nahdatul Ulamak Indonesia. Di Kota Malang beliau adalah pengerusi kepada Jawatan Kuasa Fatwa di daerah tersebut.

Setelah habis belajar di tanah airnya, beliau telah melanjutkan pelajaran di Kota Madinah selama dua tahun, kemudian menyambung pula pelajaran ke Pusat Pendidikan Alawi Maliki di Kota Mekah selama tiga tahun, beliau pulang ke Indonesia pada tahun 1999.

Kiyai Lutfi Basori juga adalah pengetua kepada Sekolah Agama SMA di Kota Malang, sekolah ini terletak ditengah2 Kota Malang, 

Di sekolah ini terdapat 500 murid lelaki sahaja. Oleh kerana kawasan sekolah ini begitu terhad,maka bangunan sekolah ini didirikan 7 tingkat bagi menampng keperluan bilik darjah dan asrama.

Kiyai Lutfi tiba di Maahad Tahfiz Al Amin pada jam 10.30 pagi, beliau dibawa ke pejabat Tahfiz dengan di iringi oleh Ustaz Mohd Khairi bin Alias,pengerusi pondok Tok Mengkarak di Kg Mengkarak Bera Pahang dan seorang anak murid beliau.



Bersama dengan al Fadil Ustaz Abdul Wahid Ghaffar bin Haji Ibrahim,pengetua Maahad Tahfiz Al Amin , Tuan Kiyai dibawa melawat kolam Tahfiz. Tuan Kiyai sangat kagum dengan usaha yang dilakukan oleh pihak pengurusan Tahfiz Al Amin yang mempunyai inisiatif untuk mengadakan pusat rekerasi yang patuh syariah.







Kemudian Tuan Kiyai meminta izin untuk pergi menzairahi makam Imam Syahibudin bin Zainal Abidin dan makam anaknya Tuan Teh bin Imam Syahibudin juga makam Kadi Ahmad bin Abdullah . Di sana Tuan Kiyai telah mensedekahkan al Fatihan kepada semua arwah dan sempat bertawasul bagi memenangkan pihak Islam bagi pemilihan walikota Jakarta yang lawan nya ialah Ahok seorang cina keturunan Indonesia.






Tuan Kiyai kemudian dibawa melawat makan Tuan Guru Haji Hasanuddin bin Mohammad,arwah merupakan antara ulamak kg Berhala Gantang yang terkenal di negeri Pahang. Beliau di pilih menjadi Tokoh Ulamak Pahang pada tahun 1988 atas pemilihan KDYMM Sultan Pahang sendiri.

Pada jam 12.15,satu majlis sambutan di adakan di Masjid Al Hassan, di mana Tuan Kiyai Lutfi al Basori diberi masa selama setengah jam untuk memberikan ucapan.




Di dalam ucapan beliau yang ringkas itu beliau memberi pesanan kepada semua pelajar tahfiz supaya bersungguh2 menghafal Al Quran dan menjaga kebersihan hati,kerana hanya hati yang bersih saja yang boleh diletakkan Al Quraan di dalamnya.



Pada jam 12.45, Tuan Kiyai bersama rombongannya diraikan di dalam satu majlis makan tengah hari di dewan masjid Al Hassan. 

Pihak Tahfiz Al Amin telah menyediakan juadah berupa nasi Arab yang enak bersama beberapa juadah yang lain. Semoga lawatan ini mendatangkan rahmat dan barkah dari Allah kepada Maahad Tahfiz Al Amin dan Masjid Al Hassan.


Share:

1 comments

  1. Saya bangga dengan masyarakat di Pahang. Teruskan usaha ya tuan.Terbaik

    BalasPadam

Flag Counter