Pilih Bahasa

BAHAGIAN PERTAMA : SEJARAH RINGKAS SALSILAH ULAMA TERENGGANU DARUL IMAN 1700 -1900


Pendahuluan:

Tulisan ini cuba memberi gambaran kepada pengkaji baru bahawa sejak Islam di terima di Melaka,kedudukan Orang Melayu  di Semenanjung Tanah Melayu sudah berubah. Dari masyarakat yang hidup secara terpisah dan nomad,mereka mula membina tamadun. Jika benar jumpaan terbaru di dalam seminar kedatangan Islam ke Melaka. Maka di zaman Raja Parameswara,Melaka sudah menjadi sebuah Negara maju bukan lagi Negara membangun. Ini lah gambaran yang kita perolehi dari Kitab Sejarah Melayu, sewaktu dengan itu juga semua negeri-negeri Melayu yang menjadi jajahan takluk Melaka juga dengan sendiri nya menjadi negeri-negeri yang bertamadun, penduduknya pandai berniaga dan menyusun kegiatan ekonomi,pandai membaca dan bertutur di dalam dua tiga bahasa.Ada 24 bahasa asing digunakan di dalam Kitab Sejarah Melayu menunjjukkan bahawa ada 24 para diplomatik dan saudagar asing datang ke Melaka.

Tokoh Islam di Terengganu.

Negeri Terengganu mempunyai kaitan yang rapat dengan Negeri Pahang, kadang kala sebahagian daerah di Terengganu menjadi wilayah Pahang seperti daerah kemaman. Di dalam kitab Sejarah Melayu menceritkan hubungan yang begitu akrab Antara Pahang dan Terengganu dl dalam pelbagai bidang. Negeri Terengganu merupakan negeri yang terpenting yang mempunyai mercu tanda kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Dengan terjumpa nya Batu Bersurat Terengganu bertarkh 1313M, ini menunjjukan sudah ada kegiatan keislaman di sana, bukti ini juga sama dengan perakuan Tom Peres yang mengatakan kegiatan keislaman lebih awal di pantai Timur Semanjung dari Pantai Barat lebih 100 tahun. Negeri Terengganu Darul Iman memiliki ramai tokoh ulamak yang terkemuka sepanjang abad ke 18,19 dan 20. Mereka bukan saja dikenali melalui nama yang masyhur tetapi mereka juga meninggalkan hasil karya yang agak banyak berbanding dengan Negeri Pahang;kemungkinan di Pahang factor alam semula jadi menyebabkan kesan-kesan sejarah terutama bahan tulisan hilang di bawa air banjir yang sangat besar yang kerap melanda Negeri Pahang seperti banjir tahun 1924,1926,1930,1970,1971,1988 terbaru 2014. Tokoh seperti Tuk Ku Pulau Manis merupakan seorang tokoh ulama yang termasyhur di Asia Tenggara dengan kitab Hikam Melayu nya. Beliau dianggap orang yang mula-mula menterjemahkan kitab HIKAM ,iaitu sebuah koleksi puisi berbentuk tasawuff dari Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu,walaupun selepas itu ada beberapa tokoh yang juga menterjemahkan kitab tersebut ke Bahasa Melayu. 

Di Terangganu, kegiatan keagamaan giat dilakukan di tiga daerah iaitu:  pertama di kawasan Besut yang di pelupori oleh pendakwah dari Patani. Ulama Patani datang ke Terengganu melalui Kelantan  secara aktif selepas negeri tersebut jatuh ke tangan raja Siam yang ganas. Kedua di kawasan Kuala Terengganu yang kebanyakan dari keturunan syed, mereka ini kebanyakannya menjadi mufti diraja kerajaan Terengganu,golongan ini kebanyakan datang dari Yaman & Tanah Arab. Ketiga di kawasan Kemaman,di mana terdapat sebilangan ulama yang tinggal di sana,dan yang paling menonjol ialah Tuan Guru Haji Mahmud bin Mohd Yusuf serta anak cucu beliau. Di Zaman kemasyhuran nya, Tuk Ku Pulau Manis  di Pahang di beri gelaran “ Tuk Marang”, para senteri dari Pahang begitu ramai berkunjung ke sana termasuk lah Imam Syahibudin yang membawa 40 masalah keagamaan. Di sebutkan nama beliau di dalam syair Imam Syahbudin mengenai tokoh ini. Penulis tidak bercadang menulis semua riwayat tokoh-tokoh ini,ada tokoh yang penulis hanya sebutkan namanya sahaja, walau begitu kesemua tokoh-tokoh ini memberi sumbangan yang sangat besar di zaman nya samada di Terengganu khususnya dan di Nusantara am nya.

PERKEMBANGAN DALAM ABAD KE 18.

1)Tuk Ku Pulau Manis, tahun 1700m.

Tokoh ini sezaman dengan Dato Suji Bilang dan juga Dato Mekasar di Pekan Pahang. Nama beliau ialah Syed Abdul Malik bin Abdullah, mendapat pendidikan agama dari ayahnya sejak kecil yang juga merupakan seorang tokoh agama. Kemudian beliau pergi ke Aceh untuk menerima ilmu dari tokoh terkenal di sana ia itu Abd Rauf Singkel,murid kepada Sy Nuruddian al Raniri ,juga pengasas dan pengembang Tarekat Syatariah di Nusantara. Di sana beliau bertemu dengan rakan pelajar seperti Syeikh Yusuf Makasar,Syekih Mukyi Pamijihan,Syeikh Burhan Ulakan. Kemudian mereka melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah. Tuk Ku Pulau Manis seorang pelajar yang pintar dan cerdas, sekembali dari Mekah beliau pulang ke kampong halaman dengan mengambil alih tugas ayahnda beliau, dan dilantik menjadi penasihat Sultan Terengganu di dalam soal agama. Beliau dianggap tokoh yang memilki beberapa keluarbiasaan dan karamah. Tuk Ku mempunyai anak murid yang ramai,beliau  merupakan Tuan Guru yang paling terkenal di Pantai Timur Semenjung ketika itu. Beliau meninggalkan kepada kita dua buah kitab iaitu : Hikam Melayu dan Kitab al Kifayat. Kitab Hikam menjadi rujukan para guru mengajar tasawuff sejak dari abad ke 18 hingga kini. Anak dan cucu Tuk Ku juga merupakan tuan guru dan mempunyai murid yang ramai.Sehingga akhir abad ke 18,kesan dari ajaran yang di bawa oleh beliau berkembangan di Terengganu dan diguna pakai oleh semua gulungan masyarakat dari peringkat tertingga hingga kepada rakyat jelata.

2)Syed Daud Abdullah, pulau duyung kecil, tahun 1720m.

3)Tuk Ku Makam Lama, tahun 1780m

4)Tuan Guru Syeikh Abd Kadir bin Abd Rahman, tahun  1864m



Tokoh ini berasal dari Negeri Patani Darul Salam,beliau ada kaitan dengan Syeikh Daud Patani dan lain-lain tokoh keagamaan di Patani. mendapat didikan agama dari ayahnya kemudian pergi ke Patani selama beberapa tahun, Beliau menyambung pengajiannya di Mekah sehingga beliau menjadi seorang ulama yang disegani. Ketika seruan jihad dari Sultan Kedah meminta semua umat Islam membantu mereka mempertahankan Patani dan Kedah dari serangan tentera Siam, Tuan Guru bersama beberapa rakan nya balik ke Tanah Jawi bagi menyahut seruan tersebut. Akan tetapi pihak tentera islam mengalami kegagalan di dalam pusingan kedua peperangan menyebabkan wilayah Patani jatuh ke tangan Siam,meskipun sebelum itu mereka Berjaya mara hingga ke Hatnyai. 

Dari kegagalan tersebut, Tuan Guru kembali ke Terengganu.Semasa di Terenggan, tokoh ini banyak menulis risalah berkaitan dengan masalah fekah terutama di dalam masalah jual beli dan masalah hutang piutang seperti kitab nya berjudul Risalah Bayan Hukm al Byai wa al Riba, dan kitab Taqrib wa Tarhib fi al Byai wa al Sy’ra.Beliau memiliki pondok pengajian agama yang terbesar pada masa itu di Terengganu, Tokoh ini membuka pondok pengajian agama di Bukit Bayas, Boleh dikatakan semua ulama Terengganu yang aktif selepas pertengahan abad ke 19 merupakan anak murid beliau seperti  Sultan Ulama Sultan Umar Terngganu,Haji Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Amin@Syeikh Duyung,Tuk Ku Tuan Besar,Tuan Guru Haji Mahmud Kemaman. Beliau meninggalkan seramai 21 anak lelaki dan perempuan. Di Antara mereka yang mewarisi jejak langkah beliau ialah Tuan Guru Wan Mohd Salleh,Wan Abdullah Wan Mohd Said. Antara tokoh mukathir yang mudah kita kenali dari anak cucu beliau ialah Wan Mutalib Embong,tokoh peguam dari parti PAS.

Share:

15 comments

  1. Nice sharing...suka baca sejarah2 ji

    BalasPadam
  2. good to read about history. Now get to know more.

    BalasPadam
  3. trip down to memory lane in school where I learn all the history lesson, thanks for the info!

    BalasPadam
  4. woww sejarah 2 dekad dinyatakan dalam artikle ini... terima kasih dapat bacaan ilmiah pagi ini.

    BalasPadam
  5. Saya kagum dengan sharing sebegini. Good effort in sharing the history to all. Keep up the good work.

    BalasPadam
  6. Terengganu Darul Iman tak silap saya heheheh tapi bagus lah sejarah macam ni tak ada dalam silibus pemelajaran kat sekolah..

    BalasPadam
  7. Ilmu sejarah yg dh lama ditinggalkan..subject sejarah yg SA x suka..tp sebenarnya rugi kalau x tahu langsung kan..nice sharing...keep it up

    BalasPadam
  8. saya dulu cukup2 makan je sejarah...banyak benda kena hafal kan..by the way kak lina dah follow sini ya

    BalasPadam
  9. sesekali kenali sejarah warisan negara kita memang best. sebenarnya banyak lagi tinggalan sejarah yang masih kita tak tahu atau pun anak muda belia ni tak tahu..

    BalasPadam
  10. nice history, saya pernah cuba cari sejarah terengganu akhirnya bertemu info ini :D

    BalasPadam

Flag Counter