Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Jumaat, 25 Ogos 2017

MEMORI 60’s : AKU DAN WAHABI



Pendahuluan
Tahun ini usia aku menjangkau 60 tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab aku sayang kamu semua. Semoga memori ini menjadi dorongan pada para pemuda untuk berbakti untuk bangsa dan agama...............................

Ayah ku seorang ulamak yang terpandang di daerah aku tinggal, sejak kecil aku mengikuti pergerakan beliau, rutin harian beliau adalah mengutamakan orang lain dari kami. Beliau tidak mempunyai masa untuk melayani kami,sentiasa sibuk kehulu ke hilir dengan urusan masyarakat samada pagi,petang atau malam. Walau di dalam kepayahan di zaman tahun 60an di mana belum ada kereta atau motosikal tetapi beliau sentiasa keluar jauh. Ayah ku terlibat dengan aktiviti pendakwahan, parti politik PAS dan juga sesekali sekala aku dengar dari perbincangan yang keluar dari mulutnya mengenai kaum Tua dan Kaum Muda. Persaolan mengenai Ibnu Taimiyyah, Masalah Tak baca Qunut, Golongan tidak mahu tahili lepas solat,Tidak mahu baca Talqin dan tidak mahu tahlil arwah sudah biasa aku dengar sejak kecil.Aku dengar juga cerita-cerita mengenai Kaum Muda yang apabila selesai solat tidak berwirid Sebaliknya mengambil sikat dari poket seluar dan menyikat rambut, katanya menyikat rambut lebih afdal dari berwirid,berwirid beramai-ramai selepas solat adalah bidaah @ berdosa. Akhir-akhir ini aku dengar ada Ustaz Wahabi yang bagi ceramah mengatakan tengok wayang lebih afdal dari tahlil arwah.Ayah ku anti wahabi dan Ibnu Taimiyyah.Aku sendiri seorang yang agak liberal,lalu semasa di universiti, aku belikan ayah ku sebuah buku bertajuk “Ibnu Taimiyyah”,aku hadiahkan buku tersebut kepada ayah ku, aku harap dia mengenal siapa tokoh tersebut.

Pada awal tahun 80an, aku mula mengajar di bandar diraja. Rumah aku berdekatan dengan sebuah pasentren swasta, ketika aku mula sampai di sana. Tuan Guru yang membuka pasentren itu meninggal dunia. Maka aku di titipkan oleh Ajk pasentren itu mengantikan Tuan Guru mengajar beberapa subjet agama kerana guru-guru lain tidak mampu mengajar beberapa matapelajaran di dalam Bahasa Arab sekalipun di peringkat rendah. Isteri Tuan Guru itu ada rakan baik kakak ku semasa mereka belajar dahulu. Kehidupan isteri tuan guru agak sukar, dengan bilangan anak yang ramai sementelah mereka pula bukan orang tempatan. Maka pertolongan dari penduduk setempat agak sukar. Anak-anak Tuan Guru agak pintar, kesemua mereka Berjaya di dalam pelajaran dengan mendapat lima A dalam UPSR, 7-8 A dalam PMR, 10A dlm SMA dan rata-rata 8-10 dalam SPM. Tiba-tiba mereka mendapat tawaran belajar secara percuma di Universiti Madinah di Arab Saudi. Tawaran itu diberikan kerana kecemerlangan mereka di dalam pelajaran sejak dari peringkat kecil. Namun apa yang menghairankan, isteri Tuan Guru menolak semua tawaran dari Kerajaan Arab Saudi itu, Katanya: “Wahabi….susoh kita esok lusa”….aku terdiam. Bagi aku inilah peluang bagi orang miskin untuk mengubah nasib mereka.

Pada awal tahun 1990an, ramai anak-anak murid ku mendapat tawaran belajar di Madinah,Kami pihak sekolah sangat gembira dengan kedatangan pensyarah dari Universiti Madinah ke sekolah kami. Kami sediakan tempat tinggal yang agak mewah kepada mereka.Biasanya para pensayarah ini tinggal agak lama di sekolah kami, pada masa itu mereka menguasai sekolah dan surau kami. Kami tidak  lagi boleh berzikir selepas solat, tidak boleh baca selawat semasa mengadakan majlis-majlis,tidak boleh ada bunyi muzik dan sebagai nya. Namun kami gembira dengan kedatangan mereka,dengan harapan anak-anak murid kami dapat melanjutkan pelajaran ke seluruh dunia ke peringkat yang lebih tinggi.Di bawah bimbingan dan perancangan Pengetua kami yang bijak sana ,sekolah kami dapat pengiktirafan dari semua university di Indonesia,Arab Saudi, Kuwait,Mesir, Maghribi,Sudan,India dll. Sijil  Agama kami layak memasuki mana-mana university hatta ke UIA & UKM.Kami dapat menghantar se jumlah kecil anak-anak didik kami ke sana…… betul pun telahan  isteri Tuan Guru tu….mereka yang balik dari  university di Tayyibbah semua jadi wahabi.Namun aku tak kisah sangat……

Akhir-akhir ini, persaolan wahabi mula timbul semula, ramai anak-anak muda sokong wahabi terutama mereka yang terpengaruh dengan seorang mufti di utara tanah air dan juga seorang doctor hadis dari Jordan. Mereka membawa sesuatu yang baru, hujah yang baru,hokum yang baru…ini menarik minat orang muda untuk mengikuti mereka. Sikap Orang Melayu agak ganjil menurut  kata seorang penceramah:”Kalau mereka pergi England balik nanti mereka lebih hebat dari Mat Salleh;rambut pun merah ,jika masuk Tabligh pergi Pakistan lebih hebat dari Orang Pakistan;baju melayu pun tak ada, Kalau belajar di Mekah pula mereka lebih hebat dari wahabi Mekah”.Aku rasa pendapat penceramah itu betul, kalau nak bandingkan Imam Muhammad Abd Wahab dengan Imam Asyafiee, apa lah sangat. Imam Asyafiee seorang mujtahid mutlak,hafal Quraan dan menghafal ratusan ribu hadis, ahli Bahasa,ahli sejarah. Kedudukan Muhamad Abd Wahab sangat jauh dengan Imam Asyafiee tetapi orang wahabi tetap mengatakan Muhammad Abd Wahab lebih hebat.Kitab-kitab karangan Muhammad bin Abd Wahab ada beberapa judul sahaja, satu judul hanya ada 100 halaman sahaja. Begitu juga kalau nak banding doctor hadis dari Jordan itu dengan ahli hadis Malaysia yang mengaji di India apa lah sangat, Doktor yang dikatakan pakar hadis itu Cuma hafal 700 hadis saja, sedangkan penuntut hadis yang mengaji di Pakistan dan India, mereka menghafal Sunan Sittah (7 kitab besar sunan) paling tidak mereka menghafal Kitab Bukhari dan Muslim,paling2 tidak ada 7000-10000 hadis mereka hafal,namun kerana sifat tawaduk mereka tidak dikenali.

Cuma aku heran, cara puak-puak wahabi ni menjawab segala persaolan berbelit-belit sebagai contoh; pernah aku petik satu risalah dari Mohamad bin Abd Wahab mengenai persaolan mazhab,masalah tarekat,masalah berselawat dll, maka jawab satu orang ustaz wahabi:”Cuba tengok dalam kitab Hassan Saqaf”,maka kebetulan aku ada memiliki kitab tersebut lalu aku ambik quotation dari risalah tersebut…..antara nya Mohamad bin Abd Wahab dia tidak pernah mengkafirkan orang bertawasul dll….maka jawab ustaz itu:”Itu ada lah fitnah!!”….aku jadi keliru, ustaz-ustaz wahabi menolak quotation tersebut tetapi segala cakap mufti dari salah satu negeri di utara semenanjung dan doctor pakar hadis itu sama dengan apa yang di tulis oleh Mohamad bin Abd Wahab di dalam Risalah nya. Contoh:

Dan sebagian perkataannya [Muhammad bin Abdul Wahhab],

“Aku menganggap bathil kitab [fikih] empat madzhab, dan aku katakan bahwa manusia dalam kurun waktu 600 tahun mereka tidak beada atas kebenaran

= Ustaz Wahabi selalu menolak untuk berfatwa di dalam Mazhab Assyafiee Sebaliknya mengambil mazhab lain spt Babi tidak najis diambil dari Mazhab Maliki sekali pun pendapat ini sangat daif di dalam mazhab tersebut(Hadis mereka pakai hadis sahih tetapi pendapat fekah guna pendapat paling lemah), mereka membuat seruan supaya berfikiran terbuka,menolak mazhab ,kembali berijtihad,menolak hadis daif.

Dan sebagian perkataannya [Muhammad bin Abdul Wahhab],

aku katakan jika aku mampu untuk menghancurkan kubah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam niscaya akan aku hancurkan, dan sekiranya aku mampu juga atas ka’bah, niscaya aku ambil talangnya dan aku buatkan talang dari kayu, dan aku haramkan berziarah ke makam Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan aku mengingkari untuk berziarah ke makam kedua orang tua dan selain dari keduanya,

=Ustaz Wahabi selalu memfatwakan bahawa talqin,tahlil arwah bidaah,dsb manakala menzairahi kubur nabi bukan lah Sunnah, tetapi bila dikatakan sumbernya dari risalah Mohamad bin Abd Wahab,mereka menafikan nya.

Dan sebagian perkataannya [Muhammad bin Abdul Wahhab],

Dan aku mengkafirkan orang yang bersumpah dengan selain Allah, dan aku mengkafirkan Ibnu Al-Faridh dan Ibnu ‘Arabi, dan aku akan membakar kitab Dalalil Al-Khairat dan kitab Raudh Ar-Riyahin [taman kesenangan] dan aku akan menamainya Raudh Asy-Syayathin [taman para setan],

=Di dalam ceramah ustaz-ustaz wahabi selalu mereka “condem” tarekat dan tasawuff,konon nya ajaran ini dari syiah,atau terpengaruh dengan syiah dll. Mereka selalu mengatakan tarekat ada sesat dan tarekat ajaran setan bukan dari sumber Islam atau Hadis.

Kenapa mereka kata quatation dari Muhamad bin Abd Wahab ini tidak benar????


Aku seorang yang tidak taksub, agak liberal…..Cuma bagi aku, pandangan  yang diberikan oleh golongan wahabi sangat-sangat mengelirukan , Ini kerana puak wahabi tidak ada menghasilkan sebuah pun kitab fekah yang boleh jadi pegangan kita, wahabi tidak ada menghasilkan satu kitab tauhid pun utk panduan kita, wahabi tidak ada satu kaedah fikhiyyah pun utk jadi minhaj hokum kita….bagaimana kita nak tukar jadi wahabi dalam keadaan yang meraba-raba begini……..Dal wa aldal….

marilah kita menganalisa jangan takut mengkaji,membaca,berbincang; kita akan menemukan jalan yang benar akhirnya.

18 ulasan:

  1. perkongsian yang bernas.. mencabar minda.. baca dengan fikiran yg luas..

    BalasPadam
  2. Mungkin kena letak picture supaya tak bosan nak baca tapi nice bagus ni...

    BalasPadam
  3. Peringatan buat diri Ros sendiri. Perlu rajin belajar, membaca, berguru dan mengkaji. Jangan mudah terikut-ikut, bimbang memudaratkan.

    BalasPadam
  4. Bagus sebab dapat membuka minda.

    BalasPadam
  5. Nice info..terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  6. Terima kasih untuk artikle ini.. Tak dinafikan... kita mudah terpengaruh dengan sesuatu yang baru, walaupun tak beberapa jelas. Janji nampak lebih hebat berbanding dengan ornag lain

    BalasPadam
  7. Peringatan utk semua..kita perlu bijak emmilih guru tetapi akhirnya kita kena kembali kepada Al-Quran utk info yg lebih sahih

    BalasPadam
  8. Peekongsian yang sangat berguna. Next time, 1 entri kalau boleh letak gambar 2 atau gambar untuk tidak membosankan pembaca untuk baca. Salam perkenalan dari onie :)

    BalasPadam
  9. Mesti ambik masa nak tulis entri ni, sebab banyak details dan perincian. Kalau boleh share lah gambar menarik gak, so kita as reader boleh imagine hehe, gambar google pun takpe

    BalasPadam
  10. wah... sarat dengan ilmu. moga-moga teruskan penulisan ilmiah begini dan selitkanlah gambar. hihi. Salam perkenalan!

    BalasPadam
  11. Wah, sama umur dengan negara kita mendapat kemerdekaan. Semoga anak-anak generasi akan datang tidak mudah terpengaruh.

    BalasPadam
  12. Wah dah lama tak baca blog yang ada buat kajian sebegini. Bagus sungguh! Teruskan!

    BalasPadam
  13. good writing, cara penulisan yg sangat bagus.

    BalasPadam
  14. Terbaik ... orang melayu mudah terikut-ikut ...

    BalasPadam

Arkib Blog