Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Rabu, 23 Ogos 2017

REVOLT OF BAHAMAN @ KEBANGKITAN BAHAMAN :SUMBER INSPIRASI KEPADA PENDUDUK PAHANG MENJELANG PASCA MERDEKA.


Kebangkitan Dato Bahaman melawan British dan kisah perjuangan beliau yang tidak kenal putus asa sangat mempengaruhi penduduk Pahang untuk mencapai kemerdekaan selepas kedatangan Jepun ke Tanah Melayu. Kisah kejayaan Dato Bahaman membunuh tentera British memberi satu dorongan kepada penduduk Pahang untuk mencapai cita-cita murni mereka.Kisah-kisah Dato Bahaman,Tuk Gajah dan Mat Kilau  menjadi bukan saja kisah sejarah tetapi dipenuhi oleh unsur-unsr metos dan legenda. Kisah ini menjadi sumberi inspirasi kepada semua golongan pencita kemerdekaan samada menuntut secara halus atau kasar. Kebolehan dan kekuatan Dato Bahaman masih segar sehingga ke hari ini di kalangan pemuda-pemuda di Temerloh.Di sini kami bawakan kisah-kisah perjuangan menuntut kemerdekaan sebelum tahun 1950 dari kalangan tokoh-tokoh yang sama-sama berjuang dengan rakyat Malaysia yang lain di dalam memerdekakan tanah air dari cengkaman penjajah.Tokoh-tokoh ini,kisah-kisah mereka jarang di tulis tetapi sumbangan mereka agak besar juga.antara tokoh-tokoh itu ialah:

KAMARULZAMAN TEH.

Tokoh ini merupakan seorang tokoh kepimpinan yang di segani di Temerloh dan Pahang umumnya sesudah kejatuhan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Dalam tahun 1945, tidak terdapat satu pun pergerakan orang Melayu di tubuhkan di Pahang.Maka dengan semangat yang membara untuk mendapatkan kemerdekaan dari British, para penduduk  Pahang yang mempunyai semangat yang tinggi menubuhkan satu persatuan bernama PERSATUAN MELAYU PAHANG, maka serentak dengan itu ditubuhkan PERSATUAN BARISAN PEMUDA MELAYU PAHANG.Di dalam perjumpaan yang pertama maka Saudara Kamarulzaman Teh telah di pilih sebulat suara tanpa di adakan pertandingan untuk memegang jawatan ketua persatuan pemuda Pahang.Ini kerana tokoh ini agak berpelajaran, anak kepada seorang guru dan cucu kepada Penghulu Sanggang.Kemudian menyertai persatuan ini ialah Saudara Romainor,Jaafar Husin dll. Kebanyakan golongan pemuda ini sangat terpengaruh dengan kisah-kisah perjuangan Dato Bahaman yang berani melawan penjajah. Kisah Dato Bahaman bermain-main di bibir rakyat Pahang khususnya di Cenor,Temerloh hingga Bentong.Ceramah-ceramah yang diberikan oleh para pemuda ini dengan kata-kata semangat dan kisah-kisah perjuangan Dato Bahaman yang sangat gigih dapat menaikan semangat penduduk Pahang ketika itu.Petikan dari buku Gerakan dan Tokoh kiri – Mohamed Salleh Lamry -2006, halaman 119, “Sejak masa itu Kamarulzaman Teh sudah mula menggunakan kisah perjuangan Dato Bahaman menentang campur tangan British dalam politik dan pentadbiran Pahang dahulu sebagai tema ucapannya.Secara berulang-ulang dia menyatakan,bahawa pemuda Pahang mesti menyambung perjuangan Dato Bahaman dan menghidupkan kembali semangat perjuangan Dato Bahaman. Dan matlamat perjuangan mereka sekarang adalah membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah Inggeris.

IBRAHIM CHIK & RAHMAH KADI AHMAD.

Seorang lagi tokoh yang memperjuangkan tuntutan kemerdekaan pasca merdeka di Temerloh ialah Ibrahim Chik dan isteri nya Rahmah Kadi Ahmad. Kedua-dua suami isteri ini merupakan pasangan yang gigih di dalam menuntut kemerdekaan dari British sehingga mereka sanggup masuk hutan meninggalkan ibubapa dan anak-anak tersayang. Kekuatan semangat dan dorongan perjuangan juga bersumberkan perjuangan Dato Bahaman. Ketika perpisahan terakhir kedua pasangan ini dengan keluarga mereka. Bapa Ibrahim telah berpesan kepada beliau. Kata bapanya: “Ingat lah…keturunan kita bukan keturunan penakut,jangan sekali-kali menghulurkan tangan kepada musuh, musuh kita sekrang orang putih dan musuh Dato Bahaman dulu pun orang putih, walaupun Dato Bahaman gagal di dalam perjuangan nya tetapi semangat nya telah tertanam kukuh di dalam jiwa kami sekarang”. Ini lah kata-kata semangat yang menjadi pegangan kepada  kekuatan perjuangan Ibrahim Chik selama bertahun-tahun.Hingga akhir hayatnya dia tidak pernah menyerah kalah sekalipun semua rakan-rakan nya telah mengambil jalan yang lain.Petikan dari buku Memoir Ibrahim Chik-UKM- 2004.

MAHMUD BAGINDA

Diantara tokoh lain yang begitu taksub dengan perjuangan Dato Bahaman yang berani melawan penjajah British  ialah Mahmud Baginda,Sebagai tokoh kepimpinan PKMM Pahang, beliau menjadikan Dato Bahaman sebagai idola di dalam perjuangan. Di dalam buku Memoir Abdullah CD disebutkan: “Jalan untuk kemerdekaan tanah air yang telah dimerahi oleh titisan darah pejuang bangsa Dato Bahaman dan lain-lain pejuang di warisi semula di bawah anjuran Jabatan kerja Melayu,API,PKMM,PETA,AWAS dan BTM……mereka berani melawan polis-polis British ketika mengadakan rapat umum Hari Pekerja di Mentakab sekali pun dihalang oleh British.

SITI NORKIAH MAHMUD

Di antara tokoh wanita yang terlibat di dalam menuntut kemerdekaan ialah Siti Norkiah bt Baginda Mahmud. Beliau melalui ayahnya dan nenek nya sering mendengar kisah perjuangan Dato Bahaman sejak kecil. Neneknya bernama Sharifah Bt Abu Bakar selalu menceritakan kisah keberanian Dato Bahaman melawan orang putih kepada cucu-cucunya kerana suaminya Abdullah Baginda merupakan pengikut Dato Bahaman di dalam melawan penjajah. Menurut Buku “Norkiah Mahmud: Srikandi dari Pahang Utara” susunan Mohamed Salleh Lamry,hal 7, 2011: Bagi Siti Norkiah gerakan penentangan yang dilakukan oleh Dato Bahaman itu memang sentiasa menjadi ingatannya dan memberi ilham dan semangat kepadanya….dia mengetahui betul tentang peperangan itu dan selalu merasa dekat dengan Dato Bahaman….sementelah perkahwinan nenek nya dengan datuk di walikan oleh Dato Bahaman.

SALEHA MAT RANI

Seorang pejuang kemerdekaan dari Kampung Bangau Tanjung, bapanya berasal dari Kuala Kaung,Lanchang Pahang. Ibunya Lijah bt Mat Ali adalah anak kepada seorang pejuang yang ikut menyertai Dato Bahaman di dalam perjuangan nya melawan penjajah Biritsh. Datuk Saleha @ Mat Ali selalu menceritakan pengalaman beliau bersama Dato Bahaman melawan penjajah, beliau menceritakan pada cucu nya mengenai keberanian ,ketabahan dan kebijaksanaan DatoBahaman. Cerita-cerita dari datuknya ini mendorong Saleha menyertai AWAS dan bergerak cergas menentang penjajah.Saleha dilantik menjadi ketua AWAS di Kampung Lubuk Kawah, golongan wanita AWAS diwajibkan menjalani latihan bersenjata. Bersama-sama Soleha ialah Rafeah Mat Yatim,Siti Mariam Idris, Zawiyah, Zaharah, Rahmah Kadi Ahmad,Aminah The Bakar,Zamiah Abd Latif.
…..inilah antara kisah-kisah dari para pejuang dan srikandi yang berjuang menuntut kemerdekaan dari British dengan memetik api perjuangan dari obor yang dinyalakan oleh Dato Bahaman bagi mempertahankan tanah tercinta dari jadi milik orang lain. 

Semangat perjuangan yang tidak kunjung padam….al Fatehah untuk semua yang berjuang dan yang telah meninggalkan kita…….


Jangan jadi golongan yang takut sebut perkataan “Merdeka” tetapi…………mereka pula yang lebih-lebih….

19 ulasan:

  1. Info yg terbaik..terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  2. Banyak juga pejuang kemerdekaan yang kita lupakan dan tidak tahu.. terima kasih untuk artikle ini

    BalasPadam
  3. Nice info..sejarah negara kena baca

    BalasPadam
  4. Sejarah yg tak semua orang tahu dan juga ingat. Teringat masa belajar sejarah masa sekolah dulu. Nt boleh cerita dekat anak ttg sejarah ni. Anak suka sejarah malaysia ni. Tq for sharing

    BalasPadam
  5. wah bagusnya info ni...tak semua orang tau kan...termasuk la saya hihi...tq info yang sangat bagus ni

    BalasPadam
  6. masa sekolah dulu tak berapa minat sejarah hehe. lately macam seronok pula baca sejarah. thanks for sharing :)

    BalasPadam
  7. Saya bangga menjadi orang Pahang yang juga turut sama dalam perjuangan kemerdekaan negara walaupun saya lahir pada zaman lepas merdeka.

    BalasPadam
  8. Teringat pulak masa belajar sejarah masa sekolah dulu...good info..thanks for sharing

    BalasPadam
  9. Dulu sejarahlah paling susah nak ingat, tapi since sekarang banyak ke sana ke mari, saya rasa lebih baik berbalik semula pada sejarahkan.

    BalasPadam
  10. Dato Bahaman antara tokoh kemerdekaan yang cukup dikagumi akan semangat perjuangannya. Semoga menjadi ikutan untuk kita ya... Harap boleh sertakan gambar juga supaya pos lebih menarik. hihi

    BalasPadam
  11. Tokoh Kemerdekaan ni ramai. Perkongsian begini harus diperbanyakkan, sebab buku tokoh-tokoh pun susah nak cari dah.

    BalasPadam
  12. Wah bagusnya ada perkongsian macam ni kat blog! Zaman sekarang pun budak sekolah suka google utk cari bahan ulangkaji. Memang terbaik

    BalasPadam
  13. sejarah my favorite seubject, apa2 sejarah, i loike.. rasa macam time travel back to the past gitu

    BalasPadam
  14. new info for me since dlu kat skolah dengar cikgu mengajar pun masuk xmasuk dlm kepala. btw thanks for sharing

    BalasPadam
  15. waaa.. seronok juga baca sejarah pahang ni .. btw sya org sabah ..

    BalasPadam
  16. Dato Bahaman biasa dengar...yg lain2 tu x pernah dengar...terima kasih atas perkongsian...banyak lagi sejarah2 yg saya tak tau ni

    BalasPadam
  17. Terima kasih kerana membaca.. selamat berkenalan semua ^^

    BalasPadam

Arkib Blog

Mengenai Penulis

Foto saya
Mengkaji dan mengenali sejarah Islam khususnya di Negeri Pahang