Pilih Bahasa

RESEPI EDISI KHAS HARI RAYA AIDILADHA




1) RESEPI LEMANG



 (Lemang ketika dibakar -sumber Wikipedia gambar)




Bahan:


5 kg Beras Pulut
3 Biji Kelapa
5-6 Batang Buluh (Bergantung)
Garam
Daun Pisang
Kayu Api





Bahagian Pulut


Basuh pulut dengan bersih
Perah kelapa dan ambil santan

Rendamkan pulut ke dalam santan tadi (Jangan terlalu lama jika tidak pulut akan jadi lembik serta garam secukup rasa)






Bahagian Buluh

Pilih buluh lemang


Cuci buluh dengan bersih


Daun pisang hendaklah dilayur agar lembut


Gulung daun pisang yang bulat dan masuk ke dalam buluh


Masukkan pulut tadi ke dalam buluh yang ada daun pisang


Jangan ditekan dengan terlalu kuat kerana lemang akan jadi keras(supaya ada ruang)



Tutupkan bahagian atas lemang dengan daun pisang


Bahagian Bakar


Bakar selama 3 hingga 4 jam..
Kebiasaannya, menggunakan kayu api tetapi jika ingin jimat guna arang kayu dari pokok bakau .

Arang kayu bakau apinya lebih panas dan lebih lama .




2) Rendang Ayam



(Rendang )





Bahan-bahan:


1 ekor ayam


1 kilo santan kelapa


2 sudu besar kerisik


2 helai daun kunyit - dihiris halus


Minyak untuk menumis


Garam  secukup rasa


Gula secukup rasa


Asam keping


2 biji bunga cengkih








Bahan kisar:


50 tangkai cili kering  ( guna 4 sudu besar cili kisar ) rebus dlu


2 biji bawang besar


4 biji bawang putih


 ½ biji halia



Bahan tumbuk ( menggunakan lesung batu )


2 batang serai



Cara – cara memasak





1.    Panaskan kuali . Isi minyak masak 2 sudu besar ke dalam kuali





2.    Kemudian masukkan bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Tumis bahan sehingga 1 minit .





3.    Masukkan ayam dan biarkan selama 2 minit





4.     Masukkan santan , kacau dan biarkan selama 30 minit  ( saiz api sederhana )





5.    Kemudian , masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping.





6.     Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan kacau dan biarkan selama 10 minit





7.    Selepas itu , sedia untuk dihidangkan



Share:

19 comments

  1. Kita tak pandai nak masak lemang setiap tahu ayah akan ayam ketupat daripada daun kelapa kita dulu boleh buat sekarang dah tak ingat lama tak buat hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow, terbaik! Nanti boleh buat lemang plak nnti, insyaALLAH

      Padam
  2. Masa kecik dulu selalu gak tolong orang memasak lemang..

    BalasPadam
  3. Wahh bagusnya! Memang teringin nak belajar resipi tradisi ni semua. Lemang terutamanya. Terima kasih!

    BalasPadam
  4. lemang 😍 always be my fav tradisional food. Teringin pulak nk makan bila baca entri ni. nice sharing. nnti bolehlah buat sebb boleh belajar dari sinj je.

    BalasPadam
  5. Ala resepi ke..tak reti masak..yang dah siap mana? nak rasa nih..hehehe

    BalasPadam
  6. Macam senang,nak try la nanti. Tapi kalau ada yang dah siap,jangan lupa kirim yee

    BalasPadam
  7. Rendang ayam nampak sedap. Will print out the recipe for my maid to try it out.

    BalasPadam
  8. kalau kampung saya tak pernah buat lemang sendiri, selalunya beli je. rasanya next year kena cuba buat sendiri ni hehe

    BalasPadam
  9. Dulu masa kecik-kecik, tukang makan je. haha tapi serius rindu zaman bakar lemang sendiri. sekarang masing2 beli je. hehe Boleh cuba nanti. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba ^^ nntikan resepi akan datang dan boleh rujuk resepi disebelah kanan blog .

      Padam
  10. Kalau rendang i boleh lah try masak kat rumah but the lemang buluh biasa beli kat luar je sebab makan pun tak banyak.

    BalasPadam

Flag Counter