Pilih Bahasa

TOKOH PENDAKWAH CENOR ABAD KE 18






Pendahuluan:



Di antara lokasi yang tidak sempat saya mengkaji mengenai perkembangan Islam di Pahang secara terperinci ialah di Daerah Maran yang meliputi Cenor.Dari Kuala Bera hingga ke Paloh Hinai sangat banyak terdapat kampung lama yang setengahnya telah ditinggalkan orang namun di sana terdapat kegiatan Keislaman yang sangat penting bagi dakwah Islam di Pahang, seperti Kg Mambang, Pulau Datu,Pesagi, Kg Melayu dll.Kalau di kaji dengan teliti banyak kubur-kubur lama yang tidak dipedulikan oleh orang,wujud di sana. Sayangnya di negeri kita;tumpuan untuk mengezetkan makam-makam ini tidak mendapat perhatian pihak yang bertanggung jawab tidak sebagai mana di Negeri Perak dan Negeri Sembilan di mana setiap makam bersejarah akan di jaga dengan rapi.
Sebelum kedatangan Tuan Guru Sahidin, kawasan itu,  Cenor telah lama menerima Islam dan terdapat ramai tuan-tuan guru mengajar di sana. Kalau kita pergi ke Kuala Bera nescaya kita akan jumpai makam keramat di sana, begitu juga di Kg Bohor ada makam keramat, di Kampung Nyak ada terdapat makam keramat. Makam-makam ini adalah makam orang alim yang mengajar dan berjasa di sesuatu tempat, makam ini dijadikan makam keramat suapaya makam ini terpelihara dari di bongkar oleh orang yang terkemudian bukan kerana tokoh ini mempunyai hal-hal yang luar biasa.Namun oleh kerana kejahilan manusia akhirnya setengah makam keramat ini dianggap sebagai tempat suci dan mulia.





Latarbelakang:


Tokoh ini berasal dari Kampung  Tanjung Keramat,Kuala Semantan,Temerloh Pahang. Beliau merupakan adik kepada Tuk Shahibudin, seorang ulamak terkenal di Pahang pada pertengahan abad ke 18. Mereka berdua pada zaman kanak-kanak dan remaja  berguru kepada Kadi Ismail@ Raja Ismail  yang tinggal di Bangau Tanjung,atau di kenal sebagai Tuk Bangau yang pertama. Kadi Ismail adalah ulamak yang mendapat pendidikan di Mekah,beliau ada kaitan dengan  kerabat Diraja Bugis seperti Daeng Celak dan Raja Haji  . Setelah Tuk Shahibudin meninggalkan kampung halaman begitu lama,maka Tuan Guru Sahidin lah yang membantu Kadi Ismail menjalankan tugas beliau di Kampung Bangau,sehingga menjadikan beliau seorang yang alim sebagaimana gurunya itu. Akhirnya beliau dikawinkan dengan anak tuan gurunya yang bernama Mendiah Sekembali Tuk Shahibudin dari pengajian beliau maka Tuan Guru sangat malu kerana telah mengawini tunangan abangnya sebagaimana perjanjian Tuk Shahibudin kepada gurunya dahulu,maka beliau melarikan dirinya keluar dari Kampung Bangau konon nya.





Perjuangan Dakwah:


 Beliau berpindah ke Kampung  Kuala Kerdau , di sana beliau mendirikan pusat pengajian dan berkawin dengan wanita ditempat tersebut, Kedudukan keluarga Dato Suji Bilang dan anak cucu nya sangat mulia di Pahang, tidak lama kemudian beliau dilantik menjadi penggawa di kawasan Kerdau & Lipat Kajang hingga ke kawasan Gunung Senyum, kerbau ternakan beliau masih terdapat di kawasan Gunung Senyum dalam awal tahun 60an menurut ceritan dari pak Cik Zainal Abidin dari Kg Batu Sawar.Penduduk Batu Sawar & Kg Gunung Senyum bila hampir musim hari raya selalu keluar kesana untuk berburu kerbau liar kepunyaan Tuan Guru Sahidin . Kemudian  berlaku beberapa peristiwa yang melukakan hatinya maka beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan negeri Pahang,antara tempat tujuannya ialah ke Mekah atau Acheh. Dengan menaiki perahu beliau kemudiannya berkayuh perahu menghilir Sungai Pahang,singgah di beberapa tempat akhirnya beliau sampai  ke kampung Macam Gelap di Cenor. Kebetulan beliau sampai di sana pada waktu Maghrib. Tuan Guru memohon izin dari penduduk kampung untuk bermalam di masjid. Kebetulan pada malam itu ada seorang guru sedang mengadakan Kulliah Maghrib di masjid kampung tersebut. Guru tersebut adalah  seorang  guru dari Aliran Mertabat Tujuh yang suka bercakap besar di dalam siri pembelajaranya, beliau sentiasa sahaja mencabar para pendengar untuk berdebat dengan beliau mengenai masalah Ilmu Tauhid,oleh kerana hilang kesabaran maka Tuan Guru menyahut cabaran guru itu dan terjadilah pedebatan yang panjang dan berlarut-larut sehingga beberapa malam,maka setiap malam semakin ramai penduduk berhampiran yang datang mendengarkan perdebatan yang hebat itu,akhirnya guru tersebut dapat dipatahkan hujah-hujah beliau oleh Tuan Guru Sahidin dengan mudah.Dan beliau bertaubat dari mengamalkan Ajaran Mertabat Tujuh.



Faktor kealiman dan kejayaan beliau berdebat sangat mengembirakan penduduk setempat dan mereka telah mengajak Tuan Guru untuk tinggal di kampung mereka, Penduduk kampung telah berusaha mendirikan pondok pengajian dan membiayai penghidupan Tuan Guru, Maka Tuan Guru berusaha menghapuskan ajaran Mertabat Tujuh yang sedang kembang membiak di negeri Pahang ketika itu sesuai dengan saranan dan ajaran yang beliau perolehi dari gurunya Kadi Ismail. Maka bersemaraklah kembali pengajaran Ilmu Tauhid dan Akidah yang berasaskan kepada Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diasaskan oleh Imam Abu Hassan Al Asyarie dan Imam Abu Mansur Al Maturidi. Dan dipercayai Kitab Ummu Barahim merupakan kitab utama di dalam pendidikan Ilmu Tauhid yang diajarkan di masa itu di Pahang.Kitab ini telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu di Aceh dan di bawa ke Pahang untuk di ajarkan kepada penduduk Pahang.



Di sana beliau telah mengajar selama beberapa tahun dan akhirnya berkahwin dengan anak kepada Orang Kaya Indera Pahlawan yang bernama Tuk Kaya Putih yang bernama“Jahura“, Tuk Kaya Putih mempunyai ramai anak antaranya ialah Tuk Kaya  Ismail, Embong dan Juhara yang berkahwin dengan Tuk Sahidin.Tuk Kaya Ismail beranakkan Tuk Kaya Hasan beranakkan Wan Ismail beranakkan Wan Muhammad beranakkan Hj Wan Abdullah beranakkan Hj Wan Hasan. Manakala Juhara pula mendapat ramai anak antaranya Tuk Nur yang berkahwin dengan Panglima Kamal dan Abdul Rahman, Tuk Nur beranakkan Haji Hamzah beranakkan Mohd beranakkan Teh beranakkan Asiyah beranakkan Tan Aminuddin beranakkan Niza. Manakala Abd Rahman beranakkan Khatib Buruk beranakkan Sgt Tapa beranakkan Osman beranakkan Sunan beranankkan Cikgu Hamid, Anak Khatib Buruk yang lain ialah Besah beranakkan Haji Husain beranakkan Dato Abd Aziz.Keluarga ini sangat ramai meliputi kawasan seberang Cenor dari  Kampung Teluk hingga ke Kampung Sanding. Makam di raja termasuk makam Tuk Sahidin @ Tuk Aboi masih ada di Kampung Teluk berdekatan dengan Jambatan Cenor.Sebenarnya mengikut kajian penulis melalui catatan orang tua-tua, Tuan Guru mempunyai ikatan persaudaraan dengan Tuk Kaya Putih, ini kerana ibu beliau yang bernama Norsiah juga berasal dari Cenor.Keluarga Dato Suji Bilang adalah dari keturunan Dato Perkasa Pahang dalam abad ke 17 di zaman Sultan Abdul Ghafur Mahayuddin Shah. Sebab itu Dato di Mengkarak ia itu Dato Imam Zul Bayan juga anak saudara kepada Dato Suji Bilang dilantik menjadi pembesar Pahang di sana dan menjadi Syeikhul Islam Pahang di zaman nya.



 Perkahwinan beliau dengan anak Tuk Kaya Cenor pada masa itu semakin meninggikan lagi kedudukan beliau di mata masyarakat setempat.Dari perkahwinan itu beliau mendapat dua orang anak; iaitu Tuan Haji Abdul Rahman dan Tuk Nur yang berkahwin dengan Panglima Kamal. Anak cucu beliau merupakan orang yang berjasa dan cerdik pandai di Negeri Pahang ketika ini.Tokoh-tokoh negeri Pahang seperti Dato Tan Aminuddin, Dato Abd Aziz bekas SUK Pahang, tokoh-tokoh agama yang ada di Cenor boleh dikatakan ada kaitan dengan Tuan Guru Sahidin.Ketika ini anak cucu beliau telah mendirikan sebuah pasentren di Kampung Seberang Cenor untuk menyambung perjuangan beliau di masa lalu.






Share:

0 comments

Flag Counter