Pilih Bahasa

PENGETUA KULLIAH KETIGA. ALLAHYARHAM TUAN HAJI KIYAI MOHAMAD FADHLULLAH AL SUHAIMI

SEJARAH RINGKAS PENGETUA KULLIAH SULTAN ABU BAKAR SEJAK DARI TAHUN 1941 HINGGA 1990.

Latar belakang :

Nama Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat tidak asing di kalangan masyarakat Islam di Malaysia, khususnya pada dekat 40-an hingga 60-an. Beliau bukan sahaja pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang amat berjasa di negara ini. Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi,. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulama yang berketurunan Ba'Alawi Bani BaSyaiban yang berasal dari Hadhramaut. Keluarganya berpindah dari Tanah Arab ke India pada abad ke-10, kemudian ke Jawa, sebelum ke Singapura. Bapanya mempunyai murid yang ramai di Klang dan Singapura. Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama.

Belajar & Bekerja :

Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di Universiti al-Azhar, Mesir. Ketika dรญ Mesir, beliau menjadi pengarang majalah 'al-Ittihad', sekali gus pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan Matba'ah Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran Tauhid" terbitan Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916 sebelum berhijrah ke Jawa kerana membuka sekolah Arab di sana. Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah "Jasa" di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kullรญyyah al-Attas di Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat perang Jepun. Selepas itu, Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu, Kelantan beberapa ketika pada zaman Jepun sehinggalah beliau dilantik sebagai mudir Kuliyyah al-Lughah wa ad-Din, Pekan, Pahang pada 1955. Beliau juga pernah menjadi Imam di masjid al-Ma’ruf, Singapura selain menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor. Pada 1936, beliau mengasaskan Madrasah al–Ma'arif al-Islamiyah di Ipoh Road, Singapura yang kemudian diwarisi oleh anaknya, Ustaz Taha Suhaimi. Walaupun terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura, Johor Bharu, Jawa , Kelantan dan Pahang,

Pembela Kaum Tua

Nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda - Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau yang mendokong fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendokong pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.  Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas" untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung.Selain itu juga, beliau telah menghasilkan banyak karya agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, tรกuhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta menterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta. Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaba-usaha membangunkan semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu.

Kegiatan Politik PAS di Singapura.



Dalam bidang politik, Sheikh Fadhlullah mula terlibat secara langsung ketika berada di Kelantan kerana kebanyakan muridnya terlibat dalam politik. Antara murid yang terkenal di kelantan ialah Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim yang pernah belajar di Kuliah al-Attas sebelum menjadi wakil rakyat PAS 1959. Syeikh Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat lslam di Kelantan dalam persidangan-persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas Perang Dunia Kedua. Di Singapura, beliau juga terlibat dalam beberapa pertubuhan Islam. Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama Sheikh Fadhlullah mulai terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam gerakan antรญpenjajah. Semasa para ulama bersidang di Muar atas anjuran Umno, Sheikh Fadhlullah telah hadir mewakili umat Islam Singapura walaupun beliau bukan ahli Umno. Dalam Persidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 yang telah berjaya menubuhkan PAS, Shaikh Fadhlullah memainkan peranan penting ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti politik Islam ini. Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama Sheikh Fadhlullah telah diputuskan oleh persidangan tersebut sebagai salah seorang daripada lima ulama yang akan mengemukakan rayuan kepada Raja-Raja Melayu untuk membolehkan sebuah pertubuhan ulama diasaskan, sekaligus menyelaraskan jabatan-jabatan agama di seluruh negara. Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi beliau merupakan tenaga penting dalam meluaskan pengaruh PAS di Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik belรฏau, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhaimi telah menjadi pemimpin utama PAS Singapura sehingga 1965. Murid-murid beliau juga sama ada di Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kebanyakannya menjadi pendukung perjuangan PAS di seluruh negara.

 Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di Singapura pada 16 ogos 1964 dalam usia 78 tahun

Share:

0 comments

Flag Counter