Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Isnin, 14 Ogos 2017

RESEPI HIDANGAN LENGKAP (MI BIHUN PUTIH)


3) RESEPI BIHUN PUTIH 


BAHAN – BAHAN

1 PAKET MIHUN ( RENDAM DAN TOSKAN )
200 GM AYAM ( HIRIS DAN REBUS )
250 GM KUBIS ( RACIK HALUS )
1 BATANG LOBAK MERAH ( POTONG KECIL )
200 GM KUCAI ( POTONG HALUS )
½ CAWAN AIR
MINYAK MASAK SECUKUPNYA
GARAM SECUKUPNYA

BAHAN TUMBUK

1 SUDU MAKAN LADA HITAM
1 ULAS BAWANG MERAH
3 ULAS BAWANG PUTIH

CARA MEMASAK

 PANASKAN MINYAK DAN TUMISKAN BAHAN TUMBUK SEHINGGA NAIK BAU.

            
      MASUKKAN AYAM, KUBIS , LOBAK MERAH , DAN AIR . TUNGGU SEHINGGA KERING SEDIKIT.

         KEMUDIAN, MASUKKAN MIHUN . KACAU SEHINGGA SEBATI.
      

      APABILA MIHUN LEMBUT , MASUKKAN DAUN KUCAI . GAUL RATA . PERASAKAN GARAM.
    
      KETIKA MENGHIDANG , TABURKAN DENGAN BAWANG GORENG ATAU BAHAN- BAHAN MENGIKUT KREATIVITI ANDA.


4) MI SOTO AYAM




 

BAHAN – BAHAN

3 BUNGKUS MI KUNING ( CELUR )
400  GM NASI HIMPIT ( REBUS )
2 GM BUNGA LAWANG
2 GM BIJI PELAGA
2 GM KULIT KAYU MANIS
200 GM BAWANG MERAH ( HIRIS )
100 GM BAWANG PUTIH ( HIRIS )
5 HELAI DAUN LIMAU PURUT ( HIRIS )
2 BATANG SERAI ( TITIK )
5 GM HALIA ( KISAR )
2 PAKET REMPAH SUP
30 GM SERBUK KETUMBAR
5 GM SERBUK LADA HITAM
5 LITER AIR
20 GM JINTAN MANIS
20 GM JINTAN PUTIH
300 GM ISI AYAM         
GARAM SECUKUPNYA
10 ML MINYAK MASAK
BAHAN SAMBAL KICAP

20 GM CILI PADI ATAU CILI MERAH
5 GM BAWANG PUTIH
500 ML KICAP LEMAK MANIS
5 ML AIR LIMAU

BAHAN HIASAN

100 GM BAWANG MERAH
SEDIKIT HIRISAN CILI MERAH
10 GM TAUGE

CARA MEMASAK

      
          PANASKAN MINYAK  DI DALAM PERIUK DAN MASUKKAN TIGA SEKAWAN IAITU BUAH PELAGA ,KULIT KAYU MANIS DAN BUNGA LAWANG
        
      TUMISKAN BAWANG MERAH , BAWANG PUTIH , HALIA ,SERAI DAN DAUN LIMAU PURUT, JINTAN PUTIH DAN JINTAN MANIS SEHINGGA NAIK BAU
       
      MASUKKAN REMPAH SUP ,SERBUK KETUMBAR , SERBUK LADA HITAM DAN TUMIS SEHINGGA PECAH MINYAK
      
           MASUKKAN AIR SEHINGGA BIAR MENDIDIH , MASUKKAN ISI AYAM DAN PERASAKAN DENGAN GARAM SECUKUP RASA . BIARKAN MERENEH DAN TUTUP API
       
      UNTUK MEMBUAT SAMBAL KICAP , KISAR SEMUA BAHAN . SEIMBANGKAN RASANYA
       
          MASUKKAN MI KE DALAM MANGKUK BERSAMA KEPINGAN NASI HIMPIT . TUANG KUAH SOTO DAN HIASKAN DENGAN BAWANG GORENG , CILI MERAH DAN TAUGE DI ATASNYA . SEDIA UNTUK DIMAKAN. 


Antara makanan yang terkenal. Di ambil daripada rujukan resepi dan kebanyakkannya telah diubah mengikut pengalaman penulis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog