Pilih Bahasa

PENGETUA KULLIAH YANG KEDUA 1950-1955 ALLAHYARHAM TUAN HAJI MOHD MOKHTAR BIN AHMAD AL KELANTANI

PENGETUA KULLIAH YANG KEDUA 1950-1955
ALLAHYARHAM TUAN HAJI MOHD MOKHTAR BIN AHMAD AL KELANTANI

Sambungan daripada kisah pengetua pertama :
PENGETUA TUAN MUFTI SYEIKH ABDUL RAHIM BIN IBRAHIM

Lahir  Kg Chepa, Kedai Lalat , Kota Bahru Kelantan,bapa beliau Haji Ahmad merupakan bekas Imam di Masjid Langgar . Bapa beliau seorang yang suka kepada pendidikan agama, Semasa abangnya Tuan Guru Haji Abdullah Tahir berusia 2 tahun,beliau telah dibawa oleh bapanya ke Mekah bagi mencari tempat untuk belajar agama.Sebagai imam, Haji Ahmad sendiri menjadi guru kepada anak2 sejak kecil dengan mempastikan mereka pandai mengaji dan menbaca jawi serta berbahasa Arab pada peringkat asas.Maka apabila anak2nya sudah remaja,  semua anak-anak beliau dihantar mengaji agama. Dalam awal tahun 1920 apabila Tuk Kenali membuka pondok pengajian,maka bapa nya terus menghantar anak2 beliau kepada guru agama yang terkenal pada masa itu . Sesudah habis mengaji dengan Tuk Kenali, beliau menghantar dua anaknya ke Mekah iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Tahir pondok Benut Payung dan Haji Mokhtar sendiri.Tuan Guru Haji Ahmad Mokhtar berada di Mekah dalam waktu yang lama, Tuan Guru Haji Mokhtar sempat berguru dengan bebrapa guru agama yang terkenal di sana seperti Tuan Guru Ahmad Ismail Patani, Tuan Guru Haji Mokhtar Bogor, Tuan Guru Syeikh Mohd Attar,Tuan Guru Syeikh Maliki dan Syeikh Said Yamani bapa kepada bekas mufti Terengganu. Oleh itu beliau alim di dalam mengajar kitab seperti Fath al Wahab, Fath al Jawad,Syarh al Raudhah,Kitab al Iqna”,Kitab Jamiul al Jawamik dan Muhalli.Kitab-kitab yang kita sebutkan itu merupakan kitab utama di dalam mazhab al syafiee. Kitab ini sukar untuk difahami kecuali oleh ahli perundangan dan tuan-tuan guru sahaja.
Di Mekah, tuan guru terdedah dengan pergerakan keagamaan dan pergerakan menunut kemerdekaan bagi negeri-negeri di Nusantara iaitu Malaysia,Indoensia,Filpina dan Thailand. Beliau memahami situasi politik pada masa itu dan sama sama mengerakkan usaha kearah tersebut.Di Mekah pada masa itu terdapat satu persatuan yang besar iaitu  Jam'iyatul Fathaniyah di Mekah adalah membentuk kesedaran politik Islam, melahirkan semangat menuntut kemerdekaan dan mempertahankan kekhalifahan Islam yang sedang digugat oleh musuh-musuh Islam. Kesan dari pergerakan ini, pada 1880, Raja Ali Kelana dan Syed Sheikh al-Hadi telah menubuhkan Jam'iyatul Rusyidiyah di Pulau Penyengat sebagai organisasi Islam yang pertama di Nusantara. Dari organisasi inilah lahirnya Jam'iyatul Khairiyah (1905) dan Sarekat Islam (1906) di Pulau Jawa. Di Kelantan, Tok Kenali telah menubuhkan Jam'iyatul Asriyah pada 1915, sebelum muridnya, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir menubuhkan Jabhah ad-Diiniyah al-Islamiyah Kelantan pada 1934. Jam'iyatul Rusidiyah juga turut berpengaruh di Singapura dan Pulau Pinang sehingga tertubuhnya beberapa organisasi Islam di sana. Sarekat Islam diketahui umum menjadi induk kepada perkembangan pergerakan politik Islam di Indonesia dan Malaysia selepas tahun 1900. Di Mekah sendiri, selepas kematian Sheikh Wan Ahmad al-Fathani pada 14 Januari 1908, telah muncul pertubuhan-pertubuhan Islam yang dianggotai oleh pelajar-pelajar Islam termasuklah Gabungan Pelajar-pelajar Tanah Melayu-Indonesia (GAPIS) yang pernah diketuai oleh Pak Yusof Rawa dalam tahun 1940-an, kemudian ketika di bawah pimpinan Ustaz Mustafa Afifi, mereka menubuhkan PAS Cawangan Mekah pada 1954. GAPIS kemudiannya turut bergabung dengan Kesatuan Pelajar Agama Se-Malaya (KPAS) pada 1954. Para ulamak yang belajar di Masjidil Haram, Madrasah Shaulatiyah al-Hindiyah, Darul Ulum dan lain-lain di Mekah yang terlibat dengan pergerakan politik Islam di Mekah telah menjadi nadi utama gerakan politik Islam di Malaysia selepas Perang Dunia Kedua.Bagi mereka yang menyangka bahawa gerakan ini dipengeruhi oleh gerakan Sy Mohamad bin Abdul Wahab,ternyata anggapan itu sangat meleset dan jauh,kerana golongan ini mempunyai fahaman yang berlawanan dengan faham wahabi.
Kembali dari Mekah, Tuan Guru Haji Mohamad Mokhtar membantu abangnya Tuan Guru Haji Abdullah Tahir memajukan pondok Benut Payung, Mereka kemudiannya memubuhkan persatuan ulama Kelantan yang merupakan satu persatuan ulamak yang terawal di Tanah Melayu. Tuan Guru juga giat mengerakkan tenaga pemuda Islam bagi melaksanakan syariat dan mengesakan mereka memajukan diri. Pada tahun 1952, Sultan Pahang berkenan melantik beliau menjadi pengetua Kulliah mengantikan Sy Abdul Rahim Samanuddi kerana KDYMM Sultan tertarik dengan peribadi dan kesungguhan tuan guru untuk memajukan Islam di Kelantan.Sultan Abu Bakar merupakan sultan yang mempunyai hubungan yang rapat dengan para ulamak dan mengenali mereka secara jelas. Ulama-ulamak yang dilantik menjadi mufti dan pengetua Kulliah adalah ulamak yang progresif dan berfikiran terbuka.Hubungan Sultan Abu Bakar dengan ulama sangat akrab bukan sahaja di Tanah Melayu malah sehingga ke Jawa dan Sumatera. Guru-guru dari Sumatera ramai dibawa ke Pahang untuk memajukan Kulliah.

Pada tahun 1955, ketika Tanah Melayu yang akan menyambut kemerdekaan dari British, maka pilihan raya pertama akan di adakan. Maka Tuan Guru Haji Mohd Mokhtar meletak jawatan dari pengetua Kulliah untuk bertanding sebagai calon PAS di Kelantan.

Bersambung ke kisah pengetua ke 3 :

PENGETUA TUAN HAJI KIYAI MOHAMAD FADHLULLAH AL-SHUHAIMI

Share:

0 comments

Flag Counter